Monumen Yaeyama Sifar Malaria
Monumen Yaeyama Sifar Malaria
Yaeyama dan Malaria
Menurut satu teori, malaria dibawa masuk ke Yaeyama pada tahun 1530 oleh kapal Belanda yang hanyut ke pinggir laut Pulau Iriomote. Sejak itu sehingga abad ke-20, malaria adalah penyakit endemik Yaeyama yang tidak diketahui puncanya. Pada tahun 1921, kumpulan kawalan malaria pertama yang dinamakan "Kumpulan Penghapusan Malaria Kepulauan Yaeyama" telah ditubuhkan. Bagaimanapun, bilangan pesakit tidak berkurangan kerana kekurangan langkah asas pengawalan malaria yang berterusan. Dalam keadaan inilah Yaeyama terpaksa mengambil bahagian dalam Pertempuran Okinawa.
    Malaria Zaman Perang
Walaupun tiada pertempuran darat di Yaeyama semasa Pertempuran Okinawa,  serangan udara adalah sengit. Oleh itu, penduduk dipaksa untuk memindah ke  kawasan endemik malaria atas arahan daripada tentera Jepun. Oleh kerana  kekurangan makanan dan ubat-ubatan, 16,884 orang, kira-kira separuh daripada  penduduk, dijangkiti penyakit malaria. Antara jumlah pesakit, sebanyak 3,647  kehilangan nyawa mereka yang berharga. Sebaliknya, jumlah kematian dalam  Pertempuran Okinawa hanya 178 orang. Oleh itu, malaria yang merebak semasa  perang dipanggil "Malaria Zaman Perang". Dr Kozen Yoshino, pakar  parasit dari Yaeyama, bersama Naoki Kuroshima, pegawai pusat kesihatan awam,  dan pegawai-pegawai lain telah mengumpul data terperinci mengenai pesakit  malaria zaman perang. Data saintifik ini membawa kepada langkah kawalan malaria  selepas perang. 
          Selepas perang, Dr. Yoshino menjadi ketua Cawangan Yaeyama (dan  kemudiannya gabenor wilayah), dan Dr. Shinken Ohama, pakar malaria dari  Yaeyama, dilantik sebagai pengarah Agensi Kesihatan Awam, dan bertanggungjawab  untuk menggubal "Ordinan Penghapusan Malaria".
Pelan Wheeler dan Imigran Malaria
Pada tahun 1950, sebuah kerajaan baru yang dipilih  oleh penduduk melaksanakan dasar mengurangkan bajet untuk kawalan malaria dan  mendesak untuk program imigresen. Akibatnya, ramai "perintis  pendatang" dari pulau lain menetap di kawasan endemik malaria. Hal ini  menyebabkan kemunculan kembali malaria di kalangan mereka. Dengan ini, ia  dipanggil "Imigran Malaria".
	        Pada tahun 1957, Dr. Wheeler, ahli entomologi  kesihatan awam GHQ, telah merumuskan "Pelan Wheeler" di Yaeyama  selaras dengan keperluan USCAR (Biro Hal Ehwal Awam A.S. Ryukyu), iaitu  rancangan penghapusan penyakit malaria. USCAR memperuntukkan belanjawan khas  untuk membiayai program tersebut, khususnya untuk penyemburan sisa dalaman DDT  kerana ia dibukti berkesan secara saintifik di negara lain. Ketika kakitangan  pusat kesihatan menjalankan operasi penyemburan yang menyeluruh, kesannya yang  jelas serta-merta telah menarik lebih ramai penduduk memberi kerjasama dengan  lebih aktif. Jadi Yaeyama akhirnya mencapai sifar malaria pada tahun 1962,  selepas kes terakhir di Pulau Iriomote pada tahun 1961.		
Jabatan Kawalan Malaria, Pusat Kesihatan  Awam Yaeyama
        Jadual menunjukkan sifar kes malaria sejak  1962.
    Apa itu Malaria?
Malaria adalah salah satu daripada "tiga penyakit  berjangkit teratas di dunia", bersama AIDS dan tuberkulosis. Ia adalah  penyakit berjangkit yang disebabkan oleh parasit Plasmodium. Penyakit ini dicirikan oleh demam menggigil, malah  pesakit kes lewat dirawat mungkin akan meninggal dunia. Jangkitan berlaku  apabila seseorang digigit nyamuk yang dijangkiti Plasmodium kerana sporozoite malaria akan disuntik ke dalam badan  melalui air liur nyamuk.
	        Di Yaeyama, Anopheles  yaeyamaensis pembawa Plasmodium  falciparum pembawa maut ini, adalah lebih kerap dijumpai di sekitar aliran  hutan.
          Walaupun Yaeyama tidak lagi kes-kes malaria, penyakit ini  masih menyebabkan kematian yang melebihi 600,000 orang setiap tahun di seluruh  dunia, terutamanya di negara berpendapatan rendah dan sederhana seperti Asia  dan Afrika (data tahun 2020).
Anopheles yaeyamaensis
    Sel darah merah yang dijangkiti 
        oleh Plasmodium protozoa
    Inoda dan Imigran Malaria
Pada 7 Julai 1950, penduduk kampung Inoda  telah menubuhkan dan membina "Cawangan Inoda Penghapusan Malaria" di  kawasan endemik malaria.
	        Pada Oktober 1951, terdapat 21 keluarga  pertama dari kampung Ogimi, Okinawa menetap di Inoda kerana program imigresen,  dan ramai lagi yang mengikuti untuk penambakan tanah untuk pertanian. Selepas itu,  disebabkan wabak malaria di bahagian utara Pulau Ishigaki, termasuk kawasan  Inoda, cawangan itu menjalankan pelbagai aktiviti termasuk rawatan, program  pencegahan dan peningkatan kesedaran orang ramai. Cawagan tersebut kemudiannya  menjadi pusat penyelaras pelaksanaan Pelan Wheeler di kawasan utara Pulau  Ishigaki.
          Hasil daripada semua usaha ini, kes malaria  tahunan telah dikurangkan kepada sifar pada tahun 1962, akhirnya berjaya  menamatkan pertempuran panjang menentang malaria yang berlangsung lebih  daripada 400 tahun.
Pemeriksaan perubatan mudah alih oleh kakitangan pusat kesihatan
Hak Cipta Muzium Memorial Keamanan Yaeyama
    Cawangan  Inoda Penghapusan Malariav 
        Koleksi Peribadi